New Page 1

Best way to prepare for Exams
Ekstra! : 20 November 2007

PANDUAN  
KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES
 
 
DORONG MINAT ANAK UNTUK MENULIS

SEMENTARA sentiasa memaparkan sikap positif terhadap anak anda demi mendorongnya terus menulis, anda juga harus merangsang minatnya dengan pendekatan yang kreatif.

Satu cara ialah dengan kaedah pembelajaran yang menggunakan kelima-lima pancaindera anak anda.

Sebagai ibu bapa, anda boleh menyuruhnya memegang kulit pokok yang kasar misalnya atau menggalakkannya menghidu aroma bunga melur.

Karya sastera seperti puisi dan cerpen juga boleh digunakan untuk merangsang minatnya untuk terus menulis selain daripada elemen muzik dan lukisan.

Suatu cara untuk menambahkan keyakinan dalam diri anak-anak dan memberikan mereka motivasi ialah dengan mewujudkan suasana di mana mereka boleh berkongsi apa yang ditulis dengan seorang rakan atau orang dewasa, misalnya.

Memang lumrah setiap insan ingin kelihatan elok apabila hasil kerjanya diperhatikan orang lain.

Begitu juga anak anda. Dia akan lebih prihatin terhadap tulisan kreatif jika dia percaya karyanya akan dihargai orang.

Satu contoh ialah dengan mempamerkan kerja kreatif anak anda di rumah selain menganjurkan sesi deklamasi sajak untuk keluarga seminggu sekali.

Mungkin, anda boleh menubuhkan 'akhbar keluarga' yang memberikan 'berita' terkini tentang keluarga anda.

Galakkan juga anak anda supaya rajin menjulis surat. Dia boleh menulis kepada rakan, seorang selebriti, ke ruangan forum akhbar atau menyertai kelab menulis.

Jika anda mahir dalam teknologi maklumat (IT), anda boleh membina lelaman web untuk anak anda mengisi laman itu dengan tulisannya sendiri.

Learning Discoveries menganjurkan bengkel How to help your child score in composition wiriting and comprehension.

Bengkel untuk murid darjah 1 hingga 6 ini percuma.

Pendaftaran untuk ujian menulis dan kefahaman supaya lebih memahami tahap penulisan dan pembacaan anak anda juga percuma.

Daftarkan anda melalui telefon di 6741-4344 atau hantarkan SMS ke talian 8126-7755

 
New Page 1
 

Home  | About us | FAQs | Careers | Contact us


 Privacy Policy    Terms of Use    Site Map     © Young Genius Readers Pte Ltd.
 

Web Site Design by TechS