BERITA HARIAN
Ekstra! : 25 September 2007
TEKNIK PENGAJARAN MEMBACA BERKESAN
KANAK-KANAK harus
diajar membaca. Berbeza daripada kebolehan mereka bertutur, kemampuan
ini tidak sedia wujud.
Kebanyakan kanak-kanak
bahkan memerlukan pendidikan yang khusus dan sistematik untuk belajar
membaca.
Antara rintangan yang
dihadapi oleh kanak-kanak semasa belajar membaca adalah kekurangan
pendedahan kepada bahasa di rumah. Ada juga yang memang kurang
berkemampuan untuk menyerap apa yang diajar.
Rintangan ini boleh
diatasi jika seseorang guru memahami segala aspek tentang pengajaran
membaca untuk kanak-kanak.
Mereka boleh memberikan
bimbingan berkesan yang akan membantu kanak-kanak menjadi pembaca.
Kanak-kanak yang
terkial-kial untuk membaca selalunya memerlukan sokongan yang lebih
intensif dari guru.
Guru pula harus
mempunyai sekumpulan strategi untuk membimbingnya, memandangkan tahap
kemampuan setiap kanak-kanak ada- lah unik.
Sesebuah program yang
berkesan mendedahkan kanak-kanak kepada abjad. Rintangan membaca untuk
kanak-kanak yang mengenali huruf semestinya adalah lebih rendah.
Guru juga boleh
menggalakkan murid menyertai kegiatan-kegiatan yang bersesuaian untuk
membantu mereka mengenal pasti huruf yang dilihat di sekeliling mereka
secara visual.
Seterusnya, kadar
pengawasan fonetik seorang kanak-kanak juga sesuatu yang penting untuk
dia belajar membaca.
Sebagai contoh, kita
biasanya menumpukan perhatian kepada makna bahasa semasa bertutur dan
mendengar. Seorang kanak-kanak, namun, harus diajar untuk mengenal pasti
sesebuah bunyi bahasa.
Lungsurlah ke
www.younggeniusreaders.com atau telefon 6741-4344 untuk keterangan
lanjut mengenai program guru di Learning Discoveries.