Ekstra! : 21 Ogos 2007
PANDUAN KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES
GALAKKAN PERKEMBANGAN
PANCAINDERA ANAK
APAKAH reaksi pertama
anda apabila anak anda yang baru berusia tiga tahun menyentuh rumput di
taman?
Adakah anda akan
berkata: 'Eh, jangan sentuh rumput itu. Pergi basuh tangan, cepat!' atau
menyertai anak anda dalam aktiviti itu dan mengajarnya merasakan tekstur
rumput yang berlainan.
Kemampuan kita
menggunakan pancaindera berkembang dalam tempoh enam tahun pertama hidup
kita.
Dalam tempoh itu,
sistem saraf tunjang seorang kanak-kanak mula berkembang dan ini
bergantung kepada banyak faktor, termasuk pemakanannya dan rangsangan
yang mencukupi.
Perkembangan
pancaindera kanak-kanak penting kerana ia membolehkan mereka menyerap
ilmu pengetahuan dengan menggunakan lebih daripada satu pancaindera.
Pendekatan berbilang de
ria atau multi-sensory ini adalah konsep penting dalam cara pembelajaran
aktif atau experiential learning.
Menerusi cara pembelaja
ran ini, kanak-kanak digalakkan melakukan sesuatu dengan menggunakan
pancainderanya mempelajari sesuatu, seperti memanjat pokok atau
menyentuh pasir di pantai.
Malangnya, gaya hidup
kita kadangkala menyekat ruang mereka meneroka dunia sekeliling mereka.
Perhatian mereka pula mudah diganggu dengan pengaruh televisyen dan
komputer - dua elemen pembelajaran pasif yang tidak menggalakkan
perkembangan minda anak-anak.
Sebaliknya, cara
pembelajaran aktif yang merangkumi pendekatan berbilang deria
mengukuhkan kemampuan asas kanak-kanak untuk menyerap pelajaran di
sekolah.
Dapatkan keterangan
lanjut mengenai program pendidikan Learning Discoveries di
www.learningdiscoveries.net
.