New Page 1

Best way to prepare for Exams

Ekstra! : 11 September 2007

PANDUAN KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES 
 
RAHSIA KEJAYAAN AWAL KANAK-KANAK

PERBEZAAN antara kejayaan dengan kegagalan anak anda di sekolah bergantung kepada satu faktor - kebolehannya untuk membaca dan menulis.

Sistem pendidikan di Singapura menganggap setiap kanak-kanak yang menyertai darjah satu sebagai sudah mampu membaca dan menulis.

Kanak-kanak yang tidak boleh berbuat demikian akan berdepan dengan rintangan hebat untuk mencapai kejayaan di sekolah.

Tambahan pula, mereka akan berasa tersisih daripada kumpulan kanak-kanak yang tidak buta huruf.

Ini boleh menjejas keyakinan kanak-kanak itu dan menimbulkan perasaan takut belajar di hatinya.

Untuk mengelakkan situasi ini, ibu bapa harus memastikan bahawa anak-anak mereka dilengkapkan dengan kemampuan asas untuk membaca dan menulis sebelum maju ke peringkat sekolah rendah.

Asas pembacaan

Satu cara untuk mendidik anak-anak membaca adalah dengan menggunakan pendekatan pelbagai deria.

Ia membantu kanak-kanak mengenal huruf dengan menggunakan kaedah fonetik menerusi pengesanan bunyi.

Kesemua 26 huruf dalam abjad misalnya, boleh dikenal pasti menggunakan 44 bunyi berbeza.

Ibu bapa pula boleh memahirkan diri dalam kaedah pembelajaran ini dengan menghadiri kursus swasta yang memberi panduan khas untuk mendidik atau menyertakan anak-anak mereka dalam program pendidikan yang menggunakan kaedah tersebut.

Sebelum menyertakan anak-anak dalam program seperti ini pula, ibu bapa boleh menentukan tahap kebolehan anak-anak mereka membaca menerusi program membaca awal seperti program Young Genius Readers, kelolaan Learning Discoveries. Ia turut mengadakan ujian diagnostik secara percuma untuk tujuan ini.

Pembacaan lanjut

Selepas seorang kanak-kanak belajar membaca, dia harus didorong untuk maju ke peringkat seterusnya pula, iaitu peringkat pemahaman.

Di peringkat ini, ibu bapa boleh menguji kebolehan anak-anak mereka memahami sesuatu yang dibaca dengan menyuruh anak mereka mengimbas kembali jalan cerita, membuat kesimpulan mudah mengenai artikel yang telah dibacanya atau meneka jalan cerita selanjutnya.

Sementara kanak-kanak itu belajar membaca, dia juga harus dididik supaya menghalusi penulisan abjad dalam huruf besar dan kecil.

Kanak-kanak itu juga boleh digalakkan supaya menulis ayat mudah menggunakan teknik fonetik. Mengikut keadaan, kanak-kanak itu boleh didorong menulis secara kreatif.

Untuk mendaftarkan diri untuk bengkel pendidikan atau ujian membaca percuma, sila hubungi 6741-4344 atau hantarkan SMS kepada 8126-7755.

 
New Page 1
 

Home  | About us | FAQs | Careers | Contact us


 Privacy Policy    Terms of Use    Site Map     © Young Genius Readers Pte Ltd.
 

Web Site Design by TechS